fbpx

Bahagian Pengurusan Halal Jakim dapat anugerah inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sijil pengiktirafan antarabangsa yang diterima Bahagian Pengurusan Halal Jakim.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus meraih pengiktirafan antarabangsa apabila Bahagian Pengurusan Halalnya dinobatkan sebagai penerima anugerah Inovasi Halal Terbaik 2020 oleh iHalal Awards 2020.

Kejayaan itu turut dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook hari ini.

Sijil pengiktirafan itu diserahkan Setiausaha Agung Institut Standard dan Metrologi Negara-Negara Islam (SMIIC), Ihsan Ovut bertarikh 27 November lalu.

Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, elemen inovasi yang diguna pakai Bahagaian Pengurusan Halal terdiri daripada teknologi yang meningkatkan proses, keselamatan, kualiti dan kemudahan kepada pengeluar untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurutnya, pihaknya turut memperkenalkan kemudahan permohonan SPHM secara atas talian selain memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk menyemak status halal produk dan pengeluar seperti Smart Halal atau Portal Halal Malaysia, www.halal.gov.my.

“Elemen inovasi ini mampu mewujudkan sistem kualiti yang mesra pengguna.

“Kemudahan yang disediakan ini memberi peluang kepada pengilang Muslim dan bukan Islam untuk meneroka peluang dan rantaian industri halal di seluruh dunia,” katanya.

Katanya, sistem pengurusan halal di Malaysia menunjukkan kerjasama yang kuat di antara agensi kerajaan daripada pelbagai bidang berkaitan termasuk syariah, sains, teknologi, piawaian dan pengurusan.

Jelasnya lagi, antara yang terbabit dalam sistem pengurusan halal di Malaysia adalah Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia, Jabatan Standard Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

“Kesemua kementerian dan agensi ini banyak menyokong Inisiatif Jakim untuk mengekalkan kualiti dan status produk dan perkhidmatan halal,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI