fbpx

Cuba rentas negeri naik kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Tindakan tiga individu cuba merentas negeri dengan menggunakan perkhidmatan kereta api mengundang padah apabila mereka masing-masing dikenakan kompaun semasa operasi pihak berkuasa di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth di sini semalam.

Individu terbabit merupakan antara 20 orang yang dikenakan kompaun RM1,000 dalam operasi selama dua hari di sekitar daerah itu apabila didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapati dua lelaki dan seorang perempuan berusia belasan tahun cuba merentas negeri dengan pengangkutan awam tanpa surat kebenaran polis ketika membuat pemeriksaan di stesen itu.

“Selain itu, seorang lelaki berusia 59 tahun turut dikompaun di sebuah kedai di Tasek Gelugor kerana tidak mencatat nama atau membuat imbasan aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kedai serta tidak memakai pelitup muka.

“Sembilan individu lain turut dikompaun RM1,000 di beberapa lokasi di Tasek Gelugor dan Kepala Batas apabila gagal mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka dan gagal merekod maklumat semalam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, menerusi operasi pada hari ini, pihaknya telah mengenakan kompaun kepada enam lelaki yang tidak memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal ketika berkumpul di dalam sebuah pondok di Kepala Batas kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI