fbpx

PKPD Kampung Numbak dan Penempatan Telipok dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, bermula 30 November hingga 13 Disember depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD yang dijadual berakhir hari ini.

“Sehingga 27 November, KKM mengesahkan masih terdapat 109 kes aktif di Kampung Numbak manakala 136 kes aktif di Penempatan Telipok.

“Selain jumlah kes aktif yang tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti tersebut yang perlu menjalani ujian saringan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI