fbpx

Lebih 11 kawasan di Kuala Muda dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Kuala Muda ke tempat selamat.

SUNGAI PETANI – Lebih 11 kawasan di sekitar daerah Kuala Muda di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama kira-kira empat jam pada petang tadi.

Antara kawasan yang dinaiki air mulai pukul 3.20 petang itu ialah Kampung Haji Wahab, Kampung Huda, Taman Kenari Jaya, Kampung Batu 2 Wat Siam, Taman Songket, Taman Mutiara dan Taman Berlian.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan untuk memantau kawasan terlibat dan melakukan pemindahan mangsa banjir ke tempat selamat.

“Banjir dilihat semakin surut, namun keadaan cuaca masih dalam keadaan hujan renyai.

“Tiada pusat pemindahan yang dibuka setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pihaknya kini dalam proses mengumpul maklumat terkini jumlah penduduk terjejas.

Tambahnya, keadaan hujan yang lebat mengakibatkan kegagalan sistem perparitan di beberapa kawasan sehingga berlaku kejadian banjir kilat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI