fbpx

Bielsa fokus mantapkan benteng pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTENG Leeds perlu berwaspada pada aksi menentang Everton yang memiliki jentera penggempur yang mantap. – AFP

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa mengakui beliau sangat menghormati pengendali Everton, Carlo Ancelotti menje­lang pertemuan kedua-dua pasukan pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi esok.

Katanya, beliau amat mengagumi jurulatih dari Itali itu kerana memiliki reputasi cukup tinggi apabila pernah mengendalikan beberapa pasukan terbaik dunia.

“Saya amat meminati dan menghormati Ancelotti kerana khidmat beliau sentiasa diburu oleh pasukan-pasukan terbaik. Ia membuktikan beliau seorang jurulatih yang hebat.

“Selain itu, dia juga sentiasa mencapai setiap objektif yang diletakkan oleh pihak pengurusan. Beliau memiliki banyak gelaran sepanjang kariernya,” ujar Bielsa.

Menjelang perlawanan awal pagi esok, bekas jurulatih Chile itu menegaskan, beliau sedia untuk memperbaiki kelemahan pasukannya dari segi pertahanan.

“Saya tahu benteng pertahanan kami kerap dibolosi sejak kebelakangan ini, namun saya perlukan sedikit masa untuk buat penilaian terhadap prestasi pemain.

“Everton merupakan antara pasukan terbaik dalam liga musim ini, jadi kami perlu berjaga-jaga dengan permainan mereka. Saya harap pemain boleh tampilkan aksi terbaik,” kata beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI