fbpx

Selangor guna air paling tinggi tahun lalu – DOSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negeri Selangor mencatatkan penggunaan air paling tinggi sepanjang tahun lalu sebanyak 30. 1 peratus diikuti Johor (12.4 perak) dan Perak (8.3 peratus).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, permintaan kepada bekalan air semakin meningkat selari dengan pertambahan penduduk dan perkembangan sektor ekonomi.

“Pengeluaran dan penggunaan air yang direkodkan pada 2019 masing-masing 17,763 juta liter sehari (JLH) dan 11,540 JLH sehari.

“Penggunaan air bagi kategori domestik (isi rumah) menyumbang 59.1 peratus berbanding 40.9 peratus bagi bukan domestik (industri).

“Bagaimanapun, kadar pertumbuhan tahunan bagi kegunaan domestik adalah lebih perlahan (2.6 peratus) berbanding bukan domestik (5.5 peratus),” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Statistik mengenai penggunaan air itu dimuatkan dalam Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi Laporan Kejadian Ekstrem dan Bencana pula, Mohd. Uzir berkata, bilangan kejadian kebakaran yang direkodkan pada 2019 meningkat 24.1 peratus kepada 50,720 kes berbanding tahun 2015.

Menurutnya, antara punca utama yang menyumbang kepada kejadian kebakaran di Malaysia adalah sengaja dibakar iaitu 2,296 kes dan elektrik (1,234 kes).

“Kejadian kebakaran paling tinggi direkodkan di Johor iaitu sebanyak 8,354 kes diikuti oleh Selangor (8,234 kes) dan Perak (4,615 kes),” katanya.

Dalam pada itu, bagi aspek Penempatan Penduduk dan Kesihatan Persekitaran pula, Mohd. Uzir memaklumkan bilangan kes Penyakit Bawaan Makanan dan Air meningkat sebanyak 11.8 peratus kepada 17,157 pada 2019 daripada 15,346 pada 2015.

“Keracunan makanan mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16,583 kes berbanding Penyakit Bawaan Makanan dan Air yang lain.

“Labuan mencatatkan kadar insiden keracunan makanan tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk iaitu 165.2 pada 2019 diikuti oleh Sabah (71.2) dan Terengganu (68.9),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI