fbpx

Polis Johor lupus rokok, arak seludup RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB Khan (kanan) melihat rokok dan arak seludup yang dirampas bernilai RM2.5 juta untuk dimusnahkan di IPK Johor di sini hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor melupuskan pelbagai jenis rokok tidak bercukai bernilai RM2.5 juta membabitkan 30 kes selepas mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, barang rampasan itu melibatkan 12 kes daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjumlah RM820,000.

Menurutnya, 10 kes membabitkan IPD Iskandar Puteri bernilai RM916,618 manakala lapan kes dibawah IPD Seri Alam sebanyak RM763,382.

“Sepanjang tahun 2018 hingga Oktober 2020, sebanyak 467 siri serbuan, tangkapan dan rampasan melibatkan penyeludupan rokok dan arak tidak bercukai telah dijalankan di seluruh Kontinjen Johor.

“162 daripada jumlah tersebut adalah kes-kes yang disiasat IPD Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Seri Alam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

“Pada hari ini, Polis Johor akan melaksanakan pelupusan bagi 30 kes yang telah selesai dari sudut siasatan dan pendakwaan serta telah mendapat arahan untuk melupuskan barang-barang rampasan yang bernilai RM2.5 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad.

Ayob Khan berkata, kes tersebut melibatkan jumlah tangkapan keseluruhan seramai 36 individu melibatkan warganegara dan bukan warganegara.

Jelasnya, seramai 12 individu disiasat IPD Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri (15) dan Seri Alam (9).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI