fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah dikeluarkan Istana Negara

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga anggota Pasukan Gerakan Am, Koperal Baharuddin Ramli, yang telah meninggal dunia ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand pada awal pagi semalam.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Koperal Baharuddin dan berharap agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar buat Pasukan Gerakan Am dan negara,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Faceebook Istana Negara hari ini.

Terdahulu, mendiang Koperal Baharuddin, 54, maut akibat terkena tembakan ketika penugasan risikan dan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI