fbpx

Infografik harian Covid-19 dipalsukan – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik palsu mengenai pelaporan data harian Covid-19 yang dimuat naik di kumpulan sembang Telegram CoronaVirusMalaysia.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu cubaan mengelirukan orang awam dengan memuat naik infografik palsu mengenai pelaporan data harian kes Covid-19.

KKM menerusi laman Facebook rasmi berkata, terdapat cubaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mensabotaj infografik yang disediakan kementerian.

Menurutnya, infografik palsu tersebut telah dikesan dimuat naik ke kumpulan sembang Telegram https://t.me/CoronaVirusMalaysia.

“Untuk makluman, akaun Telegram tersebut bukan milik KKM.

“Tindakan ini boleh mengelirukan orang awam,” katanya.

Katanya, pihaknya memohon orang awam supaya tidak menjadikan platform lain sebagai sumber maklumat bagi mendapatkan informasi terkini Covid-19 di Malaysia selain daripada akaun rasmi media sosial KKM.

Infografik palsu itu memaparkan maklumat yang silap mengenai pelaporan kes Covid-19 hari ini termasuk berkaitan kes sembuh baharu, kematian baharu, jumlah kes aktif dan jumlah kes keseluruhan.

Tinjauan menerusi kumpulan sembang telegram itu mendapati, seramai 25,767 orang sudah menyertai kumpulan Telegram itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI