fbpx

3 insiden tembakan di lokasi sama bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Tiga insiden melepaskan tembakan berlaku di pos sempadan Malaysia-Thailand di PAdang Besar, Perlis sepanjang bulan ini termasuk kejadian mengorbankan Koperal Baharuddin Ramli pagi tadi.

Dua kejadian itu berlaku pada 12 November dan 15 November lalu, namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, keadaan kawasan yang gelap dan belukar tebal itu dijadikan laluan tikus oleh sindiket untuk menyeludup ketum dan ubat batuk secara sistem barter.

Katanya, kumpulan penyeludup tempatan akan mendapat bekalan pelbagai jenis dadah daripada kumpulan Thailand menerusi sistem barter itu.

“Harga sekilo ketum RM30 di sini (Malaysia), namun kosnya meningkat di Thailand menyebabkan mereka sanggup melalukan pertukaran tanpa wang tunai.

“Antara dadah yang ditukarkan dengan penyeludup tempatan ialah syabu, pil kuda, heroin, ganja dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Menurutnya lagi, sehingga kini enam suspek ditahan membabitkan kejadian melepaskan tembakan ke arah anggota Pasukan Gerakan Am.

“Empat suspek ditahan Polis Thailand manakala dua lagi ditahan oleh pihak polis di kawasan berhampiran sempadan.

“Saya difahamkan dua daripada suspek warga Thailand itu kritikal manakala seorang lagi cedera akibat kejadian berbalas tembakan awal pagi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI