fbpx

Konspirasi gula disebalik susu pekat manis – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiada siapa dapat menafikan betapa enaknya segelas teh tarik, air bandung, minuman perisa coklat, air batu campur, cendol dan minuman ais kisar.

Tetapi, tahukah bahawa bahan kandungan utama di sebalik minuman kegemaran rakyat Malaysia itu adalah susu pekat manis.

Public Health Malaysia (PHM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook mendedahkan rahsia di sebalik susu pekat manis yang digelar ‘konspirasi gula’.

“Terkejut kami (PHM). Ramai yang masih tidak tahu. Disangkakan mengandungi susu, rupanya susu pekat manis adalah konspirasi gula semata mata.

“Susu pekat manis diproses dengan menambah gula yang bertindak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama. Ia boleh bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya sekiranya penutup tin tidak dibuka,” katanya.

Katanya, kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu mati lalu mengekal tahap steril susu tersebut.

Menurutnya lagi, kandungan gula di dalam satu tin susu pekat manis boleh mencapai sehingga 45 peratus manakala, kandungan susu hanyalah 10 peratus dan selebihnya adalah minyak dan bahan-bahan lain.

Dalam pada itu, katanya, kajian membuktikan bahawa penggunaan susu pekat manis dalam minuman adalah antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.

Data daripada 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram atau tiga sudu susu pekat manis setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Teh tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia dan tanpa disedari minuman kegemaran rakyat Malaysia itu telah menjadi boneka kepada konspirasi gula.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik atau kira-kira 180 mililiter yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kalori tenaga, protein dan lemak.

Menurutnya, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat.

“Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada susu pekat manis mungkin merupakan alternatif yang lebih baik bagi menikmati teh tarik,” jelasnya.

Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Menurut kajian pada 2013 , Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI