fbpx

7 penyanyi luah syukur, negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sherry, Ernie dan Naim memaklumkan keputusan ujian calitan Covid-19 mereka ialah negatif.

PETALING JAYA – Beberapa selebriti kontak terdekat Alif Satar yang terlibat dalam persembahan Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) meluahkan kesyukuran apabila keputusan ujian calitan Covid-19 masing-masing dilaporkan negatif.

Antara selebriti terdiri daripada penyanyi terbabit ialah Naim Daniel, Zynakal, Hael Hussaini, Aina Abdul, Syamel, Ernie Zakri dan Sherry Alhadad.

Mereka berkongsi keputusan meresahkan tersebut menerusi muat naik dalam akaun media sosial masing-masing. Prosedur seterusnya yang akan dilakukan selepas ini adalah kuarantin kendiri di rumah.

Antara perkongsian beberapa artis yang memaklumkan keputusan ujian calitan mereka.

“Salam semua. Alhamdulillah berkat doa kalian, proses kuarantin masih dijalankan walaupun keputusannya adalah negatif. Hari ke-10 atau ke-12, saya akan melakukan swab test (ujian calitan) yang kedua,” kata pengacara dan pelawak, Sherry Alhadad.

Sementara itu, penyanyi dan juga pelakon, Naim Daniel juga berkongsi keputusan ujian calitan yang dilakukan malam semalam yang menunjukkan hasil negatif.

“Saya akan tetap melakukan kuarantin kendiri selama dua minggu walaupun keputusannya adalah negatif,” katanya.

Penyanyi Ernie Zakri pula memberikan jawapan meredakan keresahan peminat tentang ujian calitan Covid-19 yang dilakukannya dalam satu pertanyaan peminat menerusi InstaStory.

“Result (keputusan) swab test (ujian calitan) semalam macam mana kak Ninie?” tanya seorang peminatnya dan dijawab ‘negatif’ oleh penyanyi lagu Gundah itu.

Malam semalam, industri hiburan tanah air kecoh apabila penyanyi, pengacara yang juga pelakon popular, Alif Satar mengesahkan dirinya, positif Covid-19.

Kenyataan terbuka pengacara Big State itu memaksa rakan-rakan artis yang menjadi kontak rapat dan berada di lokasi SFMM35 tampil melakukan ujian calitan Covid-19 dan kuarantin kendiri di rumah masing-masing- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI