fbpx
Gambar hiasan

28 peratus peminjam PTPTN teruskan pembayaran bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seramai 422,609 peminjam atau 28.17 peratus daripada 1.5 juta keseluruhan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan bayaran balik pinjaman mereka bermula bulan lalu.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, kutipan bayaran balik yang diterima adalah sebanyak RM103.03 juta, iaitu peningkatan sebanyak 173.65 peratus berbanding RM37.65 juta pada April lalu.

“Ini menunjukkan peminjam PTPTN masih terus berusaha membuat bayaran balik pinjaman walaupun berada dalam keadaan yang sukar akibat pandemik Covid-19.

“Tindakan sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada peminjam lain yang berkemampuan dan tidak terjejas,” kata kenyataan itu di sini tadi.

Katanya, atas dasar keprihatinan, kerajaan sebelum ini bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan lagi iaitu bermula bulan lalu hingga Disember depan.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini sudah memberi manfaat kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik pinjaman berjumlah RM1.13 bilion bermula Mac hingga Disember depan,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR