fbpx

Kes PATI cuba rasuah anggota penguat kuasa tangguh, tiada jurubahasa Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buruh binaan warga Bangladesh (kiri) mendakwa tidak memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan pertuduhan kes cuba merasuah anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen membabitkannya terpaksa ditangguhkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini terpaksa menangguhkan kes pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh yang dituduh cuba merasuah anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) pada bulan lalu.

Hakim Mohd. Azhar Othman memutuskan demikian selepas tertuduh mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Beliau kemudiannya menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi tujuan penyediaan khidmat jurubahasa Bangladesh.

Tiada juga jaminan ditawarkan terhadap buruh binaan Bangladesh yang berusia 27 tahun berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu tertuduh sepatutnya didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan PATI warga Bangladesh itu cuba merasuah anggota penguat kuasa JIM sewaktu ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Kijal, Kemaman pada bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI