fbpx

Kedutaan Arab Saudi di Belanda dibedil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di bangunan Kedutaan Arab Saudi di The Hague, Belanda selepas kejadian tembakan dilaporkan berlaku hari ini. - AFP

AMSTERDAM – Satu kejadian tembakan berlaku di Kedutaan Arab Saudi di bandar The Hague, Belanda hari ini.

Jurucakap polis berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan), kami menerima maklumat mengenai satu tembakan dilepaskan di sebuah bangunan di The Hague.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” kata polis dalam satu kenyataan melalui Twitter.

Polis berkata, beberapa kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian selepas insiden berlaku.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, terdapat 20 kesan tembakan pada dinding bangunan tersebut.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai jumlah tembakan sebenar yang dilepaskan.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya telah menutup kawasan tersebut daripada umum dan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan.

Bagaimanapun, motif kejadian masih belum lagi diketahui.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas kejadian letupan bom di acara memperingati mangsa Perang Dunia Kedua yang dihadiri diplomat asing di Jeddah, Arab Saudi dan mengakibatkan dua individu cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI