fbpx

Serbuk minuman perisa limau campur dadah berharga RM250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy (dua dari kiri) menunjukkan pek serbuk minuman berperisa limau yang dicampur MDMA pada sidang akhbar di IPD SPU di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas melakukan serbuan di sebuah unit di Pangsapuri Luminari di Butterworth di sini pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, polis turut menahan empat individu berusia lingkungan 26 hingga 43 tahun termasuk seorang wanita.

Dalam serbuan itu, polis menemui 140 paket serbuk minuman berpersia seberat 3,524 gram (g) dan enam botol minuman disyaki mengandungi dadah MDMA.

Polis turut merampas 27.25 g disyaki dadah ketamin, 25 g disyaki serbuk ekstasi dan tiga biji pil Ekstasi yang kesemuanya bernilai RM40,729.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati serbuk minuman berperisa limau dan strawberi itu telah dicampurkan dengan dadah.

“Sindiket telah membuka pek asal serbuk minuman itu dan mencampurkan dengan MDMA dan menutup semula dengan mesin.

“Setiap pek serbuk minuman itu dijual pada harga RM250 di pusat-pusat hiburan di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen SPU di Kepala Batas di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman selama lima hari sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI