MUAR – Pihak memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) lembam yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Limbong Maju, Parit Jawa, Johor.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, wanita tersebut telah keluar dari rumah pada 7 Mei 2026 kira-kira pukul 3 petang dan sehingga kini masih belum pulang ke rumah.
“Kali terakhir Puteri Janna Mansor, 28, seorang OKU lembam dilihat memakai seluar jeans panjang warna hitam dan baju kemeja tidak pasti warna.
“Dia menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru putih nombor pendaftaran tidak pasti.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mengenali wanita berkenaan diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Parit Jawa di talian 06-9874122, Hotline IPD Muar di talian 069564800 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE














