fbpx

MR.D.I.Y. tawar hadiah bernilai RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan ulang tahun ke-15, peruncit perkakas rumah pilihan rakyat, MR.D.I.Y. menawarkan peluang kepada 350 pelanggan bertuah untuk memenangi hadiah menarik bernilai lebih daripada RM250,000.

Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin berkata, melalui peraduan MR DIY x MyDebit Je, pelanggan juga layak memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda HR-V 1.8L E dan tiga hadiah tempat pertama berupa sebuah motosikal Yamaha Y15ZR setiap seorang.

“Peraduan kali ini turut disertai dengan promosi dan diskaun untuk memberi peluang penjimatan serta hadiah hebat kepada pelanggan bagi setiap pembelian mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menurut Chin, peraduan yang dijayakan bersama Payments Network Sdn. Bhd. (PayNet) itu sa­ngat mudah untuk disertai pe­langgan.
“Mereka hanya perlu membe­lanjakan jumlah minimum RM30 dalam satu transaksi dengan kad atm MyDebit di mana-mana cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY atau MR. DOLLAR,” ujarnya.

Tambah beliau, peraduan berkenaan telah bermula 1 November lalu dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI