fbpx
Azwan Ali dan Elly Mazlein dalam program Lagu Cinta Kita di TV3.

Imej Azwan Ali dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perubahan imej Azwan Ali sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua mendapat pujian oleh ramai penonton.

Kemunculan Azwan, 54 yang menyarungkan sut lengkap dengan gaya dandanan rambut lelaki menerima reaksi positif warga siber yang menonton program siaran langsung di TV3 itu.

Azwan atau lebih mesra digelar Diva AA itu sebelum ini dilihat sering memakai selendang dileher dan penutup rambut ketika muncul di mana-mana acara.

Malah, biarpun sekian lama tidak muncul di kaca televisyen, aura pengacaraan Diva AA masih lagi ampuh dan berbisa.

Sementara itu, melihat di laman sosial Twitter, rata-rata warganet memuji imej Diva AA yang sangat berbeza daripada sebelum ini.

“Apabila dia jadi Azwan Ali, bukan jadi Diva AA. Super class pengacara. Harap berterusan,” ciapan pemilik akaun Twitter @Eyda40382969.

“Azwan Ali telah kembali. Sebagai seorang pengacara berpengalaman, dia tahu untuk mengawal ton suara.

“Azwan Ali juga menggunakan suara diafragma walaupun untuk program berbentuk hiburan,” tulis @yuyuaziz.

Azwan mengacarakan program hiburan Lagu Cinta Kita musim kedua bersama rakan pengacara, Elly Mazlien. – K! ONLINE.