fbpx

Belanjawan 2021: RM600 untuk penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan bantuan khas RM600 secara one-off kepada penjawat awam bagi menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas kewangan itu akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

“Kita juga akan memberikan bantuan khas RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

“Selain itu, pemberian one-off sebanyak RM500 kepada pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti mereka,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI