fbpx

Simeone kritik jentera serangan Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ (kanan) memiliki beberapa peluang terbaik, namun gagal melakukan penyudah sempurna sekali gus memaksa Atletico terikat 1-1 menentang Lokomotiv awal pagi semalam. – AFP

MOSCOW – Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone mengkritik ketumpulan jentera serangan pasukannya selepas pasukan gergasi La Liga itu sekadar seri 1-1 dengan wakil Rusia, Lokomotiv Moscow dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, jentera serangan Atletico yang diketuai oleh Luis Suarez itu mensia-siakan banyak peluang terhidang apabila dua kali rembatan terkena palang selain penjaga gol utama pasukan Lokomotiv Moscow, Guilherme mempamerkan aksi cemerlang.

Kata Simeone, barisan pemain telah berusaha sehabis baik untuk menjaringkan gol dalam usaha mengutip tiga mata penuh tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan dalam aksi di Stadium Lokomotiv itu.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan apa yang barisan pemain pamerkan tetapi sedikit kecewa apabila jentera serangan agak tumpul.

“Sesuatu yang agak merugikan apabila anda mempunyai banyak peluang keemasan tetapi disia-siakan begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan Atletico, Koke mahu rakan-rakan sepasukan tampil lebih cemerlang pada baki saingan peringkat kumpulan selepas ini jika berhasrat mahu melangkah ke pusingan kalah mati.

”Kami gagal meraih tiga mata penuh dan ia adalah keputusan yang agak mengecewakan. Namun, saya percaya ia bukanlah pengakhiran kerana kami masih mempunyai tiga perlawanan lagi untuk meloloskan diri ke peringkat seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI