fbpx

Pemain pilihan tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POOPATHI terpaksa berhempas pulas untuk menyingkirkan Ding Sheng menerusi kemenangan straight-set 21-99, 22-20 kejohanan badminton 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 di Stadium Juara Bukit Kiara semalam.

PEMAIN-pemain pilihan menepati ramalan apabila melakar kemenangan dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan playof 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 di Stadium Juara Bukit Kiara semalam.

Bagi saingan kumpulan A dan B kategori perseorangan lelaki menyaksikan V. Poopathi dan Eogene Ewe Eon mengungguli dua kedudukan teratas selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Poopathi bekerja keras sebelum menundukkan Dylan Ooi Ding Sheng dengan keputusan straight set 21-19, 22-20.

“Kemenangan ini amat bermakna untuk menaikkan sema­ngat dan meningkatkan keyakinan untuk perlawanan seterusnya.

“Saya agak gugup pada awal permainan hingga banyak me­lakukan kesilapan tetapi berjaya mengawal dan mengurangkan kesilapan,” kata Poopathi.

Sementara itu, Eogene kehila­ngan rentak pada babak pertama, namun bangkit pada dua set untuk menundukkan Anson Cheong 18-21, 21-16, 21-11.

“Permainan pada set pertama agak teruk dan banyak beri ruang mudah kepada lawan untuk mencari mata.

“Keadaan fizikal saya lebih baik berbanding ketika menyertai pertandingan dua minggu lalu dan akan cuba tingkatkan lagi untuk perlawanan seterusnya,” kata Eogene.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI