fbpx

Sharifah Sakinah, bekas suami sepakat perjanjian hadanah dan harta sepencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Syarie Mohd. Ridhwan (tengah) bersama Aliff dan Sharifah Sakinah di Mahkamah Tinggi Syariah di di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharifah Sakinah dan bekas suaminya Aliff Adha Jamil bersepakat dalam satu perjanjian persetujuan berhubung Hadanah (hak penjagaan) dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Perjanjian persetujuan yang telah ditandatangani kedua-dua belah pihak pada Oktober lalu itu kemudian telah direkodkan oleh Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar pada prosiding hari ini.

Peguam Syarie Mohd. Ridhwan Husin yang mewakili Aliff ketika dihubungi berkata berhubung hadanah, pihak-pihak bersetuju dengan hak penjagaan bersama anak perempuan mereka Anais Adha yang berusia tiga tahun namun bagi perjanjian harta sepencarian butiran lanjut tidak didedahkan.

Katanya tuntutan hadanah itu adalah mengikut Seksyen mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 manakala bagi harta sepencarian mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Sepatutnya semua prosiding berjalan pada Mei lalu namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia tertangguh selain pada masa sama pasangan itu juga belum mempunyai peguam untuk mengendalikan kes ini. Dalam Pada prosiding tadi Hakim Syarie juga turut memuji pasangan ini kerana menyelesaikan kes dengan cara baik, ” katanya.

Terdahulu Mohd. Ridhwan memaklumkan pasangan itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Mei lalu mengikut Seksyen 55A Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan penceraian talak satu itu turut direkodkan pada prosiding hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al Khaired, 31, memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

Pelakon telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka itu turut mengakui berasa sedikit lega selepas bercerai kerana tiada lagi tuduhan negatif dilemparkan kepada bekas suaminya, Aliff Adha,32,.

Mengisi rutin hidupnya kini, Sharifah Sakinah kini memenuhkan jadual harian dengan kerja seni selain memberi fokus membesarkan anak perempuannya, Anais Adha.

Sakinah dan Aliff yang juga seorang juruterbang berkahwin pada 20 Mac 2015 di Hotel Shangri-La, Putrajaya dan hasil perkahwinan itu pasangan tersebut dikurniakan sorang anak perempuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI