fbpx
Gambar hiasan.

Selangor paling tinggi beli belah secara dalam talian tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Rakyat Selangor paling ramai berbelanja menerusi platform e-dagang atau portal beli belah dalam talian sepanjang tahun lalu diikuti Johor, Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Data itu diperoleh menerusi statistik pembelian dalam talian oleh isi rumah pada tahun 2019 yang dikongsi Jabatan Perangkaan Malaysia di laman sosial mereka, hari ini.

Statistik itu diperoleh hasil tinjauan yang dilakukan terhadap lapan juta isi rumah di seluruh negara, tahun lalu.

Data yang diperoleh menunjukkan seramai 2.22 juta isi rumah dari Selangor berbelanja menerusi platform e-dagang sepanjang tahun lalu diikuti Johor (984,000 isi rumah), Pulau Pinang (736,000 isi rumah), Perak (712,000 isi rumah) dan Kuala Lumpur (648,000 isi rumah).

Ia kemudian diikuti Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Putrajaya, Perlis dan Labuan.

Bagi perbelanjaan mengikut kaum pula, kaum Bumiputera mendahului perbelanjaan paling tinggi iaitu seramai 4.69 juta isi rumah atau 58.7 peratus diikuti Cina (2.09 juta isi rumah), India (680,000 isi rumah) dan lain-lain (528,000 isi rumah).

Berdasarkan dapatan tinjauan sama, pakaian dan kasut adalah antara barangan popular dibeli rakyat Malaysia menerusi platform e-dagang atau portal beli belah dalam talian sepanjang tahun lalu.

Seramai 744,000 isi rumah di seluruh negara membeli pakaian dan kasut sepanjang tahun lalu.

Ia diikuti pelbagai barangan dan perkhidmatan; hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, dan komunikasi.

Jabatan Perangkaan Malaysia turut memaklumkan, isi rumah yang membuat perbelanjaan ke atas barangan dan perkhidmatan menerusi platform e-dagang meningkat daripada 11.3 peratus pada 2016 kepada 23.3 peratus pada tahun lalu. – K! ONLINE

POPULAR