fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Notthintini memaparkan cat yang terkena di halaman rumah dan keretanya.

Menyesal tersalah beli rumah kaki hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara tindakan pemilik lama yang gagal menjelaskan hutang, seorang pemilik rumah baharu terpaksa menanggung trauma selepas kediamannya menjadi sasaran serangan simbahan cat merah oleh pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ‘along’.

Menerusi perkongsian di Threads oleh Notthintini, kejadian yang berlaku di Cheras itu bukan sahaja melibatkan kawasan halaman rumah, malah kenderaan miliknya turut menjadi mangsa simbahan cat tersebut.

“Ini adalah tanda untuk betul-betul periksa sejarah rumah sebelum beli dan duduk.

“Rumah kena sasaran along simbah cat merah sebab pemilik sebelum ini masih guna alamat rumah kami untuk pinjam duit,” katanya.

Menurutnya, cat yang terkena di halaman rumah dan keretanya juga tidak dapat ditanggalkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain ada yang berkongsi pengalaman serupa menjadi mangsa gangguan along akibat perbuatan penyewa atau pemilik terdahulu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Filmsielily, rumahnya pernah dibakar akibat kecuaian pihak along yang tidak melakukan semakan terperinci ketika mengutip hutang.

“Mereka bakar rumah saya sebab nombor rumah kami sama sedangkan berada di lorong yang berbeza,” ujarnya.

Kesemua mangsa pengutip hutang mengesahkan telah tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi tujuan keselamatan serta tindakan lanjut pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN