fbpx

Usaha Teknikal tembusi pasaran rantau Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dalam per­sekitaran ekonomi sukar ekoran Covid-19, sebuah syarikat bumiputera, Usaha Teknikal Sdn. Bhd. (UT) masih mampu melihat peluang untuk berkembang lebih jauh ke pasaran lain di rantau Asia Tenggara.

Syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan penyewaan, pe­ngendalian dan penyelenggaraan mesin, kren serta traktor terminal di sektor pelabuhan itu kini sedang mengusahakan lima projek yang berpusat di Brunei, Indonesia, Johor, Pulau Pinang dan Malaysia Timur.

Pengarah Urusannya, Syed Sadiq Albar berkata, antara kaedah digunakan UT ialah memanfaatkan tenaga pakar dalam pasukan dan menjadikan mereka sebagai operator atau perun­ding di pelabuhan pelanggan bagi membantu memahami keperluan mereka, seterusnya mening­katkan kecekapan.

Syed Sadiq (kiri) bersama Pengarah Jualan UT, Alizi Ismail.

“Kami bukan sahaja pakar dalam industri pelabuhan, malah turut melaksanakan penyelenggaraan dan operasi, memboleh­kan kami memahami masalah dihadapi pelanggan dengan lebih mendalam.

“Pelanggan sentiasa prihatin tentang kos, oleh itu, kami membantu dengan memanjangkan jangka hayat peralatan, sekali gus membantu mereka menangguh perbelanjaan modal yang besar dengan menggunakan peralatan sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai cabaran semasa, Syed Sadiq berkata, sektor pelabuhan turut terjejas akibat gangguan rantaian bekalan setelah pengeluaran di banyak negara tidak dapat beroperasi pada kapasiti penuh akibat pandemik, namun keadaan di Malaysia adalah lebih baik disebabkan jumlah kes yang masih terkawal.

Tambahnya, peluang pertumbuhan dalam sektor berkenaan tetap ada dengan laporan Unjuran Ekonomi Global dari Oxford Economics menyatakan eksport Malaysia dijangka mendapat keuntungan daripada peningkatan permintaan import dari China.

“Pada awalnya ada ramalan penguncupan sekitar 20 peratus dalam sektor pelabuhan, namun buat masa ini angka itu dilihat lebih hampir kepada penurunan sekitar 10 peratus,” katanya.

Menurut Syed Sadiq, sudah tiba masanya bagi syarikat untuk mengurangkan fokus di Semenanjung dan meluaskan jangkauan di Malaysia Timur dan peringkat serantau..

“Kami kini mempunyai alir­an pesanan dari Indonesia untuk bahagian dan perdagangan dan kami berpendapat ini akan segera membuka ruang untuk mula mengeksport perkhidmatan ke Asia Tenggara,” katanya.