fbpx

Subin trauma dibenci netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUBIN

BEKAS anggota Dal Shabet, Subin mengakui pernah berdepan pengalaman trauma ketika aktif menjadi ahli kumpulan itu beberapa tahun lalu.

Kongsi Subin, dia masih ingat momen ketika tampil membuat persembahan bersama kumpulan lelaki popular untuk sebuah acara anugerah.

Bagaimanapun, kontroversi mula timbul selepas beberapa adegan tariannya bersama kumpulan itu yang memaparkan imej seksi menjadi bahan kecaman netizen.

Peminat kumpulan lelaki berkenaan ternyata tidak selesa dengan situasi tersebut sehingga menyebabkan Dal Shabet dibenci selain menerima banyak kritikan negatif.

Bagaimanapun, kejadian ketika menyertai sebuah program lain memberi impak paling besar untuk karier mereka. Kumpulan peminat mereka dikenali Darling pula dituduh dengan pelbagai tohmahan.

“Ahli kumpulan peminat kami dituduh merogol dan menculik peminat lain. Disebabkan tuduhan itu sangat berat, polis terpaksa masuk campur.

“Saya percaya, disebabkan kejadian itulah kehadiran kami tidak lagi disambut dengan baik oleh peminat. Meskipun tuduhan itu didapati palsu, tetapi tetap memberi kesan kepada Dal Shabet kerana pelancaran album kami dibatalkan,” ujar Subin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI