fbpx

Tiada keperluan isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-sultan abdullah keluar dari Istana Negara selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Raja-Raja Melayu di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak supaya menghentikan permainan politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda bertitah tiada keperluan untuk mana-mana Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan kerajaan.

“Baginda mengingatkan ahli-ahli politik untuk menghentikan segera segala politicking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara,” kata­nya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Terdahulu, Ahmad Fadil dalam kenyataan itu memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperhalusi permohonan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu petang semalam.

Menurut beliau, permohonan itu adalah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19.

Bagaimanapun, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Kata beliau, baginda mempercayai keupayaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Ahmad Fadil berkata, baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Tambah beliau, baginda bertitah peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, mesyuarat itu diadakan selepas Al-Sultan Abdullah merasakan ia perlu bagi membincangkan me­ngenai ke­san-kesan ke atas ekonomi, keyakinan pelabur, imej negara serta kemakmuran negara dan rakyat sekiranya darurat dilaksanakan.

“Raja-Raja berterima kasih di atas keprihatinan Seri Paduka yang selaras dengan budaya ­syura dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI