fbpx

Pilihan raya antara agenda perbincangan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi hadir ke Mesyuarat Tergempar Barisan Nasional, di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin mendedahkan, Pilihan Raya Umum adalah antara agenda perbincangan semasa mesyuarat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang tadi.

Katanya, mesyuarat tadi berpandangan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kemelut politik ialah dengan mengadakan Pilihan Raya Umum.

“Pandangan kita yang terbaik ialah pilihan raya. 30 negara sudah buat pilihan raya walaupun dalam (masih ada) Covid-19, tetapi mereka berpendapat demi ekonomi, adalah untuk buat pilihan raya.

“Kita juga memikirkan bagaimana nak selesaikan supaya Covid-19 tidak ada, dan kalau Covid-19 dapat dikawal, kita buat pilihan raya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang tadi.

Katanya, antara perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi ialah penolakan Yang Di-Pertuan Agong terhadap cadangan darurat daripada Kabinet. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI