fbpx

OnlyOneOf lega disahkan negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OnlyOneOf

KETIKA semua orang berasa terancam, kumpulan OnlyOneOf menarik nafas lega kerana mereka disahkan negatif daripada dijangkiti Covid-19.

Perkara tersebut telah diumumkan agensi Beat Interactive dengan memberitahu bahawa keputusan ujian saringan yang dilakukan OnlyOneOf itu dan sebuah lagi kumpulan iaitu A.C.E
adalah negatif.

Kedua-dua kumpulan tersebut diminta melakukan ujian berkenaan berikutan salah seorang kru produksi program televisyen yang dihadiri OnlyOneOf di daerah Seoul Jeolla
disahkan positif.

“Seramai sembilan orang termasuk lima artis, dua pengurus, dua jurugaya rambut dan solekan disahkan negatif Covid-19.

“Demi menurut saranan kerajaan, kesemua mereka akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sejak 20 Oktober,” kata agensi.

Biarpun disahkan negatif, namun agensi tetap memastikan kesemua mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana terdapat banyak lagi ujian yang belum mendapat keputusan.

“Kami akan memastikan kesemua ahli kumpulan itu menjalani kuarantin dengan sempurna bagi memastikan virus tidak merebak.

“Maka, mereka yang terlibat tidak akan menyertai sebarang aktiviti sepanjang tempoh kuarantin berlangsung,” tambah agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI