fbpx

V, Jungkook ucap ‘goodbye’, jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V dan Jungkook mengucapkan selamat tinggal kepada peminat buat sementara waktu demi mencurah bakti kepada negara tercinta.

MENGHITUNG hari bakal memasuki kem latihan tentera, anggota BTS iaitu V dan Jungkook sempat mengucapkan selamat tinggal buat peminat mereka.

Kedua-dua penyanyi itu turut berkongsi penampilan baharu mereka yang berambut pendek.

Apa yang mencuri perhatian peminat apabila kedua-dua pemuzik itu tidak berbaju dalam perkongsian tersebut sehingga menampakkan dada mereka yang bidang.

Foto yang dikongsikan itu merupakan panggilan video antara Jungkook dan V sambil mengucapkan kata-kata perpisahan kepada peminat sebelum bersatu kembali pada 2025 kelak.

“Abang pergi dulu, selamat mendaftar,” kata mereka kepada peminat.

Selain Jungkook dan V, dua anggota lain iaitu J-Hope dan Suga sudah pun menyertai latihan ketenteraan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI