MUHAMAD DANIAL ASRAF

Polis kesan anggota tentera Batalion 25 RAMD Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Polis sedang giat mengesan seorang anggota tentera yang bertugas di Kompeni Charlie Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Asisten Komisioner Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan mangsa Muhamad Danial Asraf Azizan, 21, daripada ibu mangsa kelmarin.

“Ibu mangsa yang berusia 41 tahun mendakwa anaknya tidak dapat dihubungi dan membuat laporan polis.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa merupakan lelaki Melayu dengan ketinggian 162 sentimeter dan berambut pendek serta berkulit sawo matang.

Katanya, pakaian terakhir mangsa tidak dapat dipastikan dan mangsa tidak memakai cermin mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN