fbpx

Seung-gi, Da-in timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Seung-gi dan Lee Da-in dilaporkan selamat menimang cahaya mata sulung.

Setahun mendirikan mahligai bahagia, pasangan pelakon serasi, Lee Seung-gi dan Lee Da-in dilaporkan selamat menimang cahaya mata sulung.

Khabar gembira itu kemudiannya disahkan sendiri agensi mereka selain memaklumkan jantina anak pasangan tersebut.

“Ya betul, Seung-gi dan Da-in kini bergelar ibu bapa kepada seorang bayi perempuan.

“Syukur, baik ibu mahupun anak, mereka berdua berada dalam keadaan sihat dan tiada perkara buruk yang berlaku sewaktu melahirkan bayi comel itu,” ujarnya agensi tersebut dalam satu kenyataan.

Seung-gi dan Da-in mendirikan rumah tangga pada 7 April tahun lalu selepas hampir tiga tahun bercinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI