GAMBAR fail antara individu yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama minggu lalu.

Penari songsang tawar ‘khidmat tambahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – ‘Satu meja RM780 dan hanya lelaki boleh masuk berhibur’. Itu hasil siasatan awal hasil serbuan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur minggu lalu.

Dalam serbuan berkenaan empat lelaki warga asing membabitkan tiga warga China dan seorang warga Filipina ditahan dengan kesemuanya direman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati pusat hiburan berkenaan hanya membenarkan pelanggan lelaki untuk masuk dan berhibur.

Menurutnya, kumpulan penari lelaki berkenaan dipercayai menawarkan ‘perkhidmatan tambahan’ di luar premis membabitkan hubungan sejenis kepada pelanggan lelaki. 

“Hasil siasatan mendapati premis itu dibuka khusus untuk pelanggan lelaki saja dengan bayaran masuk RM780 bagi setiap meja.

“Apabila berada di dalam premis itu, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan tarian seksi oleh barisan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Zakaria, pihaknya tidak menolak kemungkinan urusan bagi ‘perkhidmatan tambahan’ dibuat antara penari terbabit dengan pelanggan di luar kawasan pusat hiburan itu.

“Kami percaya wujud tawaran untuk ‘perkhidmatan tambahan’ membabitkan hubungan lelaki dengan lelaki,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen (Imigresen) akan kongsikan hasil siasatan kes itu dengan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk tindakan lanjut.

 Media melaporkan Imigresen dalam satu operasi khas, kelmarin, membongkar kegiatan maksiat di sebuah pusat hiburan di ibu kota yang menampilkan persembahan tarian oleh individu sejenis.

 Dalam operasi bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula pukul 12.05 tengah malam itu, tiga warga China dan seorang warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun ditahan.

Kesemua lelaki itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN