fbpx

Tugas sukar buat bomba Kelantan tangani musim tengkujuh tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Salleh (kiri) dan Zuraidin (tengah) menyerahkan peralatan kepada Pasukan Bomba Sukarela Rong Chenok, Pasir Mas hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan menjangkakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir pada musim tengkujuh tahun ini dijangka berdepan tugas sukar ekoran penularan wabak Covid-19.

Pengarahnya, Md. Salleh Sarbini berkata, penularan Covid-19 menyebabkan seluruh agensi penyelamat termasuk JBPM perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak itu.

Menurutnya, seluruh anggota JBPM Kelantan telah dipersiapkan dengan ilmu berkaitan dengan SOP bagi memastikan penugasan operasi berjalan lancar.

“Kita turut bekalkan anggota JPBM dengan kemahiran menyelamat menerusi dua kursus pengendalian bot sebagai persediaan menghadapi tengkujuh yang dijangka bermula pada pertengahan November ini.

“Untuk makluman, jentera untuk tugas menyelamat seperti bot, trak dan sebagainya sudah diperiksa bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kita berada dilandasan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutupan Kursus Persediaan Banjir Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kelantan di Mahaad Tahfiz Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok di sini hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Zuraidin Abdullah.

Mengulas lanjut, Md. Salleh berkata, JBPM Kelantan juga bersedia untuk mengerakkan PBS dan Pasukan Bomba Bantuan (PBB) bagi melancarkan operasi menyelamat.

Katanya, beliau berharap mangsa banjir dapat memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP semasa tugas pemindahan dilakukan nanti.

“Jika perlu segera berpindah, jangan berlengah dan terus menghubungi Balai Bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI