fbpx

Warga emas maut terkena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba ketika menjalankan operasi pemadaman rumah mangsa di Kampung Lombong ChinChin, Jasin hari ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Pix

JASIN – Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran rumahnya di Kampung Lombong Chinchin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira- kira pukul 2.10 petang itu, mangsa Lee Fu Sing, 70, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja sampai di Unit Resas di Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa dikatakan telah masuk ke dalam rumah tersebut untuk melihat barang-barangnya, namun lelaki the telah terjatuh dilantai dan dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba yang berada dilokasi kemudian memberi bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dan membawanya ke Hospital Jasin,” katanya.

Tambahnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira 40 minit kemudian sebaik sahaja tiba di Unit Resas.

“Mayat mangsa telah di hantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI