fbpx

128 kes positif di kuarters, penjara Pokok Sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Seramai 128 kakitangan, ahli keluarga serta banduan di Penjara Pokok Sena di sini disahkan positif Covid-19 bagi Kluster Tembok.

Pengarah Penjara Pokok Sena, Timbalan Komisioner Jamil Razif Kassim berkata, terdapat 10 kes melibatkan kakitangan penjara manakala tujuh merupakan ahli keluarga mereka.

“Di Penjara Pokok Sena, terdapat seramai 3,420 banduan dengan 111 kes aktif Covid-19,” katanya.

Beliau ditemui ketika hadir pada majlis penyampaian bantuan wang tunai sebanyak RM97,000 kepada 485 keluarga kakitangan Penjara Pokok Sena yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 11 Oktober lalu.

Sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200 bagi setiap keluarga itu disampaikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor kepada Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena di sini hari ini.

Sementara itu, kata Jamil, penularan wabak bagi kluster tersebut memerlukan kakitangan penjara mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) bagi mengelak dijangkiti Covid-19 semasa bertugas.

Katanya, keadaan itu sememangnya memberi tekanan kepada pegawai dan anggota, namun masing-masing tetap komited memastikan amanah dilaksanakan sebaik mungkin.

Ujar beliau, antara usaha yang dijalankan bagi meringankan beban ditanggung adalah mengubah jadual kerja berbanding kebiasaan sebelum ini.

“Sebelum ini kakitangan bekerja dalam tempoh lapan jam secara berterusan namun akibat ancaman Covid-19, kita memperkenalkan norma kerja baharu di mana kakitangan yang bertugas dengan memakai PPE, hanya akan bertugas selama empat jam saja.

“Kemudian mereka akan dibenarkan berehat selama empat jam sebelum kembali bekerja untuk tempoh empat jam,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI