fbpx

Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kampung Klah Baru, Sungkai di sini hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

TAPAH – Tiga termasuk pasangan suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Klah Baru, Sungkai di sini hari ini.

Mohamed Tahir Junus, 64, dan isteri, Nor Aini Mohd. Sam, 56, yang cedera parah akibat tersepit dalam kereta jenis Proton Saga BLM disahkan maut di tempat kejadian.

Seorang lelaki berusia 24 tahun bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 11 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta dinaiki pasangan suami isteri tersebut dan Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun.

“Operasi mengeluarkan pasangan suami isteri itu segera dijalankan dengan menggunakan peralatan khas ‘rescue tool’.

“Kedua-dua mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Muhammad Asyraf, seorang lagi mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan namun lelaki itu meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital.

Katanya, operasi disertai lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dengan dibantu tujuh anggota dari Slim River.

“Operasi mengeluarkan mangsa tersepit mengambil masa 10 minit dan ditamatkan pada pukul 1.45 petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI