fbpx

TFC I mahu kekal momentum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI

KETUA jurulatih Terengganu Football Club (TFC I), Nafuzi Zain tidak mahu menjadikan tempoh tiga minggu ini sebagai ‘cuti rehat’ sebaliknya akan mengadakan beberapa aksi persahabatan bagi memastikan pasukan kekal cergas menjelang aksi Piala Malaysia 6 November depan.

Nafuzi berkata, perancangan awal yang sudah dirancang untuk menjadikan pasukan feeder, TFC II sebagai sparring partner bagi memastikan barisan pemain tidak hilang momentum perlawanan kompetitif selepas saingan Liga Super berakhir minggu lalu.

“Secara jujur, sememangnya tugas mencabar buat saya sebagai jurulatih bagi memastikan barisan pemain tidak hilang mood perlawanan sebenar memandang­kan tempoh tiga minggu rehat ini agak lama buat mana-mana pasukan.

“Justeru, bonus buat kami ke­rana masih memiliki pasukan simpanan, TFC II untuk kita sentiasa menguji kecergasan pemain atas padang memandangkan musim mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sudah berakhir.

“Apa yang pasti, ini adalah peluang terbaik buat pasukan yang sememangnya berhasrat untuk melangkah jauh dalam perebutan trofi berprestij, Piala Malaysia musim ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, saingan Piala Malaysia yang sepatutnya diadakan pada 25 Oktober telah dipinda ke 6 November kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kuala Lumpur dan Se­langor ketika ini.

Skuad Penyu mempunyai momentum positif dalam menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga di belakang Johor Darul Ta’zim selaku juara dan Kedah di tempat kedua.

TFC sememangnya sudah lama berhasrat untuk mendakap trofi keramat Piala Malaysia selepas kali terakhir menang pada edisi 2001 dengan menewaskan Perak di pentas final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI