fbpx

DBKL sanitasi kawasan tumpuan orang awam dan gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas pembersihan DBKL sedang melakukan proses sanitasi di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan tumpuan orang ramai dan gelandangan sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India, di sini menjalani operasi sanitasi awam pagi tadi.

Operasi yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu melibatkan 80 anggota daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta beberapa agensi lain.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, operasi tersebut dijalankan bagi membersihkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai supaya ia bebas daripada sebarang kuman dan virus yang menjadi punca kepada penularan pandemik Covid-19.

Katanya, kawasan operasi pembersihan itu merangkumi radius sekitar 500 meter daripada Dataran Merdeka.

“Kawasan sekitar radius ini menjadi tumpuan dan berkumpulan orang awam termasuk gelandangan, contohnya seperti kawasan sekitar Masjid Jamek dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek.

“Oleh itu, operasi nyah kuman atau sanitasi yang kita lakukan hari ini adalah untuk memastikan kawasan ini selamat kepada orang awam serta gelandangan yang tinggal di sekitarnya,” katanya ketika ditemui di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI