fbpx

Cili seludup dari India dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cili hijau daripada India yang berjaya dirampas Maqis selepas diseludup masuk tanpa permit import Maqis di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat di sini kelmarin.

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 3,073 kilogram (kg) cili hijau daripada India gagal selepas dirampas di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya menahan satu kontena di pelabuhan tersebut pukul 10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati cili hijau itu dibawa masuk tanpa mempunyai sebarang permit import yang sah dikeluarkan oleh Maqis.

“Langkah rampasan itu untuk mengawal perosak lalat buah cili (bactrocera latifrons) dan penggunaan sisa racun makhluk perosak supaya mematuhi piawaian yang ditetapkan pihaknya.

“Nilai rampasan kesemua 3,073 kg cili itu adalah bernilai RM17,986.63, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan ini adalah kali pertama rampasan dilakukan terhadap cili-cili daripada India dengan barangan tersebut dipercayai diimport oleh syarikat tempatan untuk pasaran negara ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI