fbpx

Empat pasar awam ditutup sementara di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MUHAMAD ZIKRI

PONTIAN – Majlis Daerah Pontian ( MDP ) mengarahkan penutupan sementara aktiviti pasar awam di kawasan pentadbirannya bagi membendung penularan Covid-19 ketika ini.

Menurut Yang Dipertua MDP, Nor Syazlan Abd. Razak, empat pasar yang terlibat iaitu Pasar Malam Jalan Hussein Abd. Rahmat, Benut; Pasar Pagi Jalan Kassim, Benut; Pasar Malam Parit Markom dan Pasar Malam Pekan Sanglang.

Katanya, ekoran daripada kawalan pengoperasian dan pemantauan bagi penganjuran pasar malam, penutupan sementara tersebut akan bermula semalam hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“ Sehubungan itu, semua pihak perlu mematuhi arahan ini bagi mengelakkan sebarang tindakan sekiranya mereka ingkar dengan penutupan operasi pasar pagi atau malam tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Nor Syazlan berkata, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Arahan ini juga selaras dengan peruntukan kepada kuasa Majlis Daerah Pontian Seksyen 72 ( 1 )( f ) Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 1971 ),” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI