fbpx

660 kes baharu, empat kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
660 kes hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 660 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk daripada satu kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 17,540 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 654 kes adalah penularan tempatan manakala enam kes import dari Singapura, Indonesia dan Filipina.

“Satu kluster baharu iaitu Kluster Kencana dikenal pasti melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor.

“Kes indeks positif hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan sebanyak 167 kes kematian sehingga kini dan kesemuanya di Sabah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI