fbpx
NORIZAM akan mencari jurulatih baharu bagi mengendalikan Kelantan FC musim depan sambil dibantu oleh Yusri Che Lah sebagai pembantu jurulatih.

TRW bakal dapat jurulatih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PEMILIK The Red Warrior (TRW), Norizam Tukiman akan mendapat khidmat ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan Kelantan FC mengharungi kempen Liga Premier pada musim depan.

Norizam memberitahu, ketua jurulatih yang baharu itu akan dibantu oleh pengendali skuad, Yusri Che Lah yang sudah bersama Kelantan sejak tahun 2017 sebagai pembantu jurulatih.

“Kita akan mengambil jurulatih yang baharu untuk digan­dingkan bersama Yusri. Itu lebih penting untuk memantapkan lagi barisan kejurulatihan.

“Kita belum pasti lagi sama ada jurulatih import atau tempatan dan bila tiba masanya nanti saya akan umumkan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menentang Kelantan FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Ha­ssan Yunos, Larkin kelmarin.

Pada aksi itu, TRW berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tunggal Daniel Ashraf Abdullah pada minit ke-28.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Kelantan menamatkan saingan Liga Perdana di tangga keempat selepas mengutip 18 mata menerusi 11 perlawanan.

Norizam mengakui berpuas hati dengan pencapaian ditunjukkan barisan pemain yang dibarisi ramai pemain muda apabila memberikan persembahan terbaik dan komitmen tinggi bagi setiap perlawanan.

“Sejak saya membeli Kelantan FC, banyak perubahan berlaku dalam pasukan. Kita dapat lihat sendiri bagaimana pasukan yang bergelut di dasar liga a­khirnya berjaya keluar dari kelompok bawahan untuk mengutip 12 mata,” katanya.

Norizam juga mengingatkan Kelantan FC yang akan bersaing pada Piala Malaysia agar tidak perlu gentar menentang pasukan hebat yang berada dalam sai­ngan Liga Super.

BERITA BERKAITAN