fbpx

Covid-19 beri rezeki syarikat insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahril Nizam (kanan) sedang memberikan penerangan mengenai pelan kesihatan yang ditawarkan kepada salah seorang pelanggannya ketika ditemui di Shah Alam semalam.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Pandemik Co­vid-19 yang melanda negara ketika ini dianggap sebagai durian runtuh kepada syarikat insurans apabila masyarakat merebut peluang dengan mengambil pelan perlindungan kesihatan.

Kesedaran tersebut berkemungkinan sebagai langkah awal atau alternatif dalam me­ngurangkan beban kos terutama berkaitan perubatan.

Seorang pengurus unit di sebuah syarikat insurans dan takaful tempatan, Mohd. Shahril Nizam Kamali berkata, syarikatnya menerima lebih 40,000 permohonan orang awam bermula April hingga September lalu daripada 16,000 ejennya di seluruh negara.

“Berdasarkan statistik, kita menerima secara purata lebih RM10,000 permohonan pada setiap bulan.

“Produk insurans yang paling banyak dilanggan adalah pelan perlindungan pampasan kematian, hilang upaya, pampasan sakit kritikal dan bil perlindu­ngan,” katanya ketika ditemui Kos­mo! Ahad di sini semalam.

Beliau menambah, pelan tersebut ditawarkan serendah RM50 dengan kebanyakan pe­langgan memilih pelan pembayaran antara RM100 hingga RM300 sebulan.

Jelas Mohd. Shahril Nizam, dalam mengalakkan lebih ba­nyak permohonan daripada masyarakat, syarikatnya menawarkan pampasan sebanyak RM2,000 kepada mana-mana pelanggan yang me­langgan pelan Takaful yang diagnosis positif Covid-19.

“Mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada hospital yang mengatakan mereka ter­kena Covid-19,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengurus unit di syarikat lain, Nazirah Roslan memberitahu, kaedah menerusi aplikasi media sosial seperti WhatsApp dan Facebook digunakan dalam ­berurusan dengan pelanggan sepanjang pandemik Covid-19.

“Mereka hanya perlu hantar gambar swafoto, salinan kad pengenalan serta memberikan maklumat peribadi untuk saya isi butiran permohonan tersebut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI