fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat bagi membawa keluar mangsa maut yang tersepit dalam kemalangan berhampiran Plaza Pelangi, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan tiga kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.

Katanya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah
dihantar ke tempat kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas
menyelamat hanya mengambil masa dua minit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nordatul Badrol berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi. – K! ONLINE