fbpx
Keadaan basikal yang dinaiki mangsa selepas dilanggar lari di Telok Panglima Garang, Isnin lalu

Polis kesan saksi kemalangan langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Polis mengesan saksi kemalangan maut langgar lari membabitkan penunggang basikal di Jalan Batu 9, Jalan Kebun Bahru, Telok Panglima Garang, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, mangsa yang merupakan warga Bangladesh dikenali Md. Akter berusia 44 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalarifin Aman Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dilanggar sebuah kenderaan lain di kawasan tersebut yang kemudiannya melarikan diri.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 011-62622972 atau 03-31872222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K!ONLINE

POPULAR