fbpx

Kastam rampas RM4.3juta rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena berisi rokok seludup bernilai lebih RM4.3juta yang dirampas Kastam di Pelabuhan Utara, Selangor.

SHAH ALAM – Tindakan satu sindiket penyeludupan rokok mengaburi pihak berkuasa dengan mengisytiharkan sebuah kontena sebagai kadbod kabinet gagal selepas diserbu di Pelabuhan Utara di sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan pukul 10 pagi, Khamis lalu itu berjaya merampas 6,469,600 batang rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM4.3 juta termasuk cukai.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan) ,Datuk Johari Alifiah berkata, kejayaan itu hasil risikan sepasukan anggota dan pegawai Unit Siasatan Dalaman (USD) bersama Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang terhadap kontena yang disyaki dari salah sebuah negara di Asia Timur.

Katanya, siasatan awal mendapati kontena di Pelabuhan Utara itu dikendalikan oleh sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Modus operandi digunakan sindiket adalah mengikrar dagangan itu sebagai 22 karton kadbod kabinet dokumen notis ketibaan dan import.

“Kesemua rokok putih pelbagai jenama itu telah dimuatkan di dalam 22 kotak kayu besar dan diselitkan tong sampah selain dibaluti dengan guni bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, rokok-rokok itu disyaki untuk pasaran tempatan dan kontena mengandungi rokok berkenaan telah dibawa ke Stor Penguatkuasaan, Kompleks Pencegahan Negeri, JKDM Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Johari menegaskan, kes ini sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI