fbpx

Sindiket bekal dadah untuk parti liar tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaki (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kilang Tebu, Alor Setar pada Ahad lalu.

ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang disyaki membekalkan bahan terlarang itu kepada penganjur parti liar di negeri ini selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Kilang Tebu di sini pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Ashar memberitahu, berdasarkan maklumat, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah kampung tidak bernombor serta menahan dua lelaki warga tempatan berusia 24 dan 56 tahun kira-kira pukul 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah bilik di rumah tersebut, kita menemui 2,400 biji pil Erimin 5, 367.4 gram ketamin, 82.21 gram pil ekstasi dan 639.5 gram lagi belum dikenal pasti jenis dadah terlibat di dalam beg kertas.

“Kesemua rampasan dadah yang sebahagiannya dibungkus dalam pek berwarna-warni itu dianggarkan bernilai RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM5,030 dan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Menurut Mohd. Zaki, siasatan mendapati dadah sintetik yang dirampas adalah bernilai tinggi dan biasanya digunakan di pusat-pusat hiburan.

“Walaubagaimanapun, pusat hiburan kini ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita mengesyaki bekalan dadah itu adalah untuk diedarkan di parti-parti persendirian,” ujarnya.

Kata beliau, suspek berusia 24 tahun yang bekerja sebagai buruh disyaki berperanan sebagai tokan dadah yang mana bekalan dadah itu dipercayai diperoleh dari Kuala Lumpur.

“Kedua-dua mereka yang positif dadah serta mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan tipu direman selama enam hari bermula semalam dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI