fbpx

Saringan 90 individu kontak rapat menteri agama negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESYUARAT Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri turut dihadiri Zulkifli di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Saringan Covid-19 terhadap 90 individu termasuk ahli Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang bersidang di Jabatan Perdana Menteri (JPM) 3 Oktober lepas didapati negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, saringan yang dijalankan itu susulan kes positif Covid-19 membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kelmarin.

“Setakat ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih melaksanakan proses bagi mengenal pasti kontak rapat beliau serta menjalankan penilaian risiko dan saringan yang diperlukan.

“PKD akan terus menjalankan proses mengenal pasti kontak rapat yang lain dan situasi semasa akan diumumkan dari masa ke masa,” katanya pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan wartawan sebelum sidang akhbar tersebut berhubung status kesihatan Zulkifli serta saringan kontak rapat termasuk ahli Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang dihadiri beliau pada 3 Oktober.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan status kesihatan Zulkifli juga dalam keadaan stabil.
Zulkifli sebelum ini memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

Susulan itu, beliau menyeru orang ramai yang hadir majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober lalu agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI